Laman Elaini

Teori Pembelajaran Kohler 




TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF/ GESTALT
Pengenalan
            Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah mudah (Ee Ah Meng 1994), dan merupakan proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia. (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Proses dalaman yang dirujuk termasuklah pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan.
Teori kognitif ini juga mengganggap pembelajaran adalah sebagai satu proses yang aktif. Setiap murid mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran lanjutan atau menyelesaikan masalah. (Lee Shok Mee, 1996). Menurut mereka juga, di dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitf dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu itu belajar ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. (Ee Ah Meng 1994).  
Teori ini juga dikenali sebagai gestalt iaitu perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud “bentuk, organisasi pola atau konfigurasi yang ditanggap” yang membawa makna sesuatu pengalaman persepsi bergantung kepada rangsangan dan susunan pengalaman.
 Pendekatan gestalt menfokus kepada cara pemikiran manusia dan ia melibatkan pengamatan, proses pembelajaran individu dan proses pemahaman. Proses pemahaman dapat menentukan makna atau maksud sesuatu fenomena sekiranya individu mengkaji elemen-elemen secara terkumpul bersama dan menjadikan satu konfigurasi atau orgnisasi yang menyeluruh. Ini juga dirujuk sebagai pembelajaran celik akal. (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012)
Teori ini telah dikemukakan oleh psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruh terhadap teori pembelajaran kognitif iaitu Kurt Koffka, Wolfag Kohler, Max Wertheimer, Bruner, Gagne dan Ausabel. Menurut mazhab Gestalt ini juga menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian diantara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi.  


TEORI ‘CELIK AKAL’ KOHLER
Latar Belakang Wolgang Kohler
Wolgang Kohler adalah seorang ahli psikologi pendidikan berbangsa Jerman yang bermastautin di Amerika Syarikat dan merupakan pengasas Psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka. Kohler terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal hasil kajian beliau mengenai pemerosesan kognitif khususnya proses menyelesaikan masalah. Mereka telah menggunakan kucing, anjing, tikus dan cimpanzi untuk menjalankan eksperimen dalam kajian pembelajaran. (Lee Shok Mee, 1996)
Pada tahun 1914 semasa Perang Dunia Pertama, beliau telah menjalankan kajian ke atas lima ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Rana, dan Sultan di Tenerife, Pulau Canary. Berdasarkan hasil kajian tersebut, beliau telah menerbitkan buku berjudul The mentality of Apes pada tahun 1924.  
Melalui eksperimen yang telah dijalankan, beliau mendapati bahawa apabila haiwan itu berdepan dengan masalah, haiwan itu akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya.  Dalam hal ini, manusia juga mengalami situasi yang sama, iaitu penyelesaian “aha!” terhadap masalah yang mereka hadapi. Bagi membentuk teori gestalt, Kohler menjalankan dua eksperimen dengan cimpanzi.

Eksperimen ‘Celik Akal’
Wolfgang Kohler salah seorang ahli kognitif telah menjalankan dua eksperimen terhadap cimpanzi dalam membentuk teori gestalt. Eksperimen pertama, Kohler telah menempatkan seekor cimpenzi yang dalam kelaparan di dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar cimpanzi tersebut , diletakkan beberapa batang buluh yang berlainan ukuran panjangnya beserta dengan sebiji pisang yang tidak boleh di capai oleh cimpanzi tersebut.
Usaha pertama yang di lakukan oleh cimpanzi tersebut ialah dengan melontar kayu pada pisang. Kemudian cimpanzi tersebut mula sedar bahawa kayu yang ada boleh digunakan untuk mencapai pisang tersebut. Cimpanzi pintar yang bernama sultan didapati boleh menyambung dua batang kayu dalam usaha untuk menarik pisang ke kandang. Akhirnya cimpanzi tersebut berjaya memperolehi pisang.
Eksperimen Wolfgang Kohler yang kedua ialah dengan memasukkan seekor cimpanzi ke dalam kandang dan pisang digantung di bumbung kandang yang tinggi. Beberapa buah kotak diletakkan di atas lantai kandang tersebut. Cimpanzi memulakan usahanya untuk mendapat sebiji pisang di atas bumbung yang tinggi dengan cara melompat beberapa kali.
Malangnya usaha ini tidak membantu cimpanzi tersebut untuk mendapatkan pisang itu. Seterusnya cimpanzi tersebut memerhati sekeliling kandang dan secara tiba-tiba cimpanzi tersebut mengheret satu demi satu kotak yang diletakkan oleh Kohler di lantai kandang. Ia menyusun kotak-kotak tersebut secara bertindih-tindih seperti tangga. Kemudian memanjat kotak-kotak tersebut, akhirnya usaha cimpanzi itu berhasil.  (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012)
Kohler dan rakan-rakannya menyimpulkan bahawa kebolehan cimpanzi itu menyedari perkaitan ini adalah kerana cimpanzi dapat menghayati dan mempergunakan keadaan dalam sangkar itu secara menyeluruh. Mereka juga menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) yang serupa terdapat pada diri manusia. Kebolehan ini membolehkan manusia mempelajari perkara-perkara yang baru. (Lee Shok Mee, 1996)
Menurut Kohler lagi, proses celik akal tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan tidak berlaku sebagai pemindahan pembelajaran. Teori ini melihat kepada kebolehan individu mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba setelah berjaya mengaitkan unsur-unsur yang relevan.

Apa Itu ‘Celik Akal’?
Celik akal ialah kebolehan mental seseorang menyelesaikan masalah secara tiba-tiba. Ia adalah keupayaan mental untuk menggabungkan unsur-unsur berlainan untuk membuat pertalian antaranya.
Celik akal juga mendorong manusia membuat persepsi dan mengaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012)
            Konsep celik akal ini perlu diaplikasikan oleh guru-guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Mereka perlu mendorong murid-murid untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis, dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-Ciri Pembelajaran Celik Akal
Ciri-ciri pembelajaran celik akal ialah seperti berikut:  
        a)  Penyelesaian masalah berlaku secara mendadak   atau tiba-tiba, idea-idea timbul semasa memikirkan mengenai sesuatu isu.
         b)    Soalan dan ransangan yang sesuai boleh mendorong dalam proses ini. Justeru itu, guru-guru harus mengemukakan contoh-contoh bersesuaian dan mudah difahami.      
    c) Maklumat yang diterima oleh murid-murid harus bersistematik an mengikuti urutan    kesinambungan yang padu.
         d)    Amalan membuat refleksi dan meta-kognisi dapat mencungkil fikiran dan celik akal para murid.    
     e)   Guru tidak memberi terlalu banyak penerangan tetapi berperanan sebagai seorang fasiltator, dan perlu menggalakkan pemikiran kritikal dan kreatif di dalam bilik darjah.

Implikasi Pembelajaran Kohler
Guru perlu:
       a)  Menggalakkan pelajar menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah pelajaran.
       b)    Menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut turutan yang sesuai.     
       c)    Membimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal.
    d) Menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya    menggunakan celik akal mereka demi mendapatkan kesimpulan.
      e)  Mengajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan pelajar dan pengalaman mereka.
    f) Membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar boleh menggunakan bahan tersebut dalam menyelesaikan masalah.

Kesimpulan Teori Pembelajaran ‘Celik Akal’ Kohler
            Kesan dari ujian yang dijalankan, teori pembelajaran ini menekankan bahawa proses kognitif perlu dititikberatkan oleh guru-guru dan perlu diterapkan di sekolah bagi memudahkan murid-murid mengingati perkara yang telah dipelajarinya. Melalui cara ini, mereka dapat mengaplikasikan pelajaran dengan lebih baik dan berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif.


Teori Pembelajaran Jean Piaget


Latar Belakang Jean Piaget
Teori pembelajaran ini telah diperkenalkan oleh Jean Piaget (1896-1980), yang merupakan seorang Swiss dan dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak.  (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Paling istimewa sekali adalah kajian dan penyelidikannya turut dijalankan ke atas ketiga-tiga orang anaknya sejak dilahirkan serta mengkaji perkembangan kognitif mereka.
Beliau juga telah bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental (ujian IQ). Beliau telah memerhatikan cara kanak-kanak menjawab soalan untuk memahami cara pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Justeru itu, Piaget mengemukakan teori perkembangan kognitif kanak-kanak.

Teori Piaget
Berdasarkan fakta Teori Piaget, sejak dari lahir kanak-kanak menguasai kemahiran dan pengetahuan secara berperingkat bersama-sama dengan pertumbuhan fizikal. Kanak-kanak membina struktur pemikiran atau ‘peta metal’, skema, dan konsep yang berkaitan untuk memahami alam persekitaran mereka. Piaget turut menegaskan bahawa struktur kognitif semakin lama menjadi lebih kompleks. Teori Piaget berasaskan anggapan bahawa perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat turutan yang ketara. (Lee Shok Mee, 1997)
i)             Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Piaget telah mengemukakan empat peringkat pekembangan kognitif yang utama, iaitu sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Semua kanak-kanak mesti melalui kempat-empat peringkat inidalam urutan yang sama akan tetapi kadar masa yang diambil untuk mencapai setiap peringkat mungkin berbeza-beza di antara mereka.

Menurutnya, perkembangan pemikiran kanak-kanak dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:
Peringkat
Umur
Ciri-Ciri
Sensori Motor
0-2 tahun
·         Dapat membezakan diri dan orang lain.
·         Boleh meniru dan dapat mengingat sesuatu.
·         Sedar bahawa sesuatu objek masih wujud walaupun telah disembunyikan.
·         Bersifat egosentrik, kehendaknya alah yang paling penting sekali dan mesti dilayani dengan serta merta.
·         Belajar melalui asimilasi dan akomodasi.
·         Rasa selamat dibahu ibu.

Pra-Operasi
2-7 tahun
·         Memahami persekitaran melalui interaksi.
·         Mula berfikir dalam bentuk simbolik
·         Dapat menggunakan bahasa secara perlahan.
·         Memerlukan bahan maujud untuk melihat dan menyentuh.
·         Boleh membuat klasifikasi mudah.

Operasi Konkrit
7-11 tahun
·         Lebih menggunakan fikiran akomodasi daripada asimilasi.
·         Dapat menyelesaikan masalah konkrit.
·         Memahami konsep pengekalan dan dapat membuat klasifikasi.
·         Mula menggunakan logik untuk memahami  pengalaman fizikal.

Operasi Formal



11 ke atas
·         Tidak perlu objek konkrit untuk memahami sesuatu.
·         Boleh menyelesaikan masalah abstrak dengan menggunakan logik dan rasional.
·         Membuat keputusan yang bijak.
·         Berupaya untuk berfikir secara deduktif dan membuat hipotesis.
·         Mula menyoal diri tentang aspek kerohanian.
·         Berfikir secara dewasa.
Jadual 1.0: Empat peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

ii)            Empat konsep Piaget
Piaget telah mengemukakan empat konsep berkaitan dengan proses pembelajaran iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi.

a)    Skema:
-       Merupakan struktur mental yang digunakan untuk menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi daripada pesekitaranya.
-       Struktur mental berubah secara dinamik dan akan menyesuaikan diri kepada mental dan pembelajaran yang diterima.

b)    Asimilasi:
-      Merupakan proses kognitif yang mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dalam skema kognitif sedia ada.
-    skema kognitif akan berkembang dengan meningkatkan pengalaman baru, tetapi struktur asasnya tidak berubah.
-    Asimilasi cuba menempatkan konsep-konsep baru dalam dengan bantuan skema struktur kognitif yang yang tetap ada.

c)    Akomodasi:
-  Proses mengubah Stuktur skema yang sedia ada untuk menyesuaikan kefahaman dengan input @ konsep baru.
-   Individu akan cuba mengasimilasikan kefahaman baru kepada sedia ada apabila menghadapi sesuatu pengalaman baru.

d)    Adaptasi:
-   Keadaan dimana struktur skema kognitif membuat perubahan sehingga mencapai tahap keseimbangan di antara asimilasi dan akomodasi dengan persekitaran.
-     Keadaan stabil berlaku apabila kanak-kanak dapat mengaplikasikan apa yang difahami dan dan dipelajari dalam persekitaran mereka.

iii)           Aplikasi Prinsip-Prinsip Piaget Dalam Bilik Darjah
a)    Susun Atur Kurikulum
-     Isi pelajaran disusun secara berperingkat dari mudah ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Contohnya dalam matapelajaran matematik, murid-murid (prasekolah) belajar operasi matematik daripada nombor 1 digit kepada 2 digit.
-       contoh konkrit ke abstrak: waktu-jam, jarak dan jisim.
- Selepas belajar konsep asas, baru diperkenalkan kepada konsep penyelesaian masalah.

b)    Bahan Sokongan Dan Alat Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran
-       Didedahkan kepada bahan bantu mengajar yang terdiri daripada objek besar yang senang dilihat dan dimanipulasikan.
-       Pelbagai jenis alat bantu mengajar dan ransangan diperlukan.
-      Bahan maujud yang digunakan amat berkesan bagi meningkatkan penaakulan kanak-kanak.

c)    Contoh-Contoh Konkrit
- Melalui analogi serta perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid pada tahap ini.

d)    Isi Pelajaran
-   Perlu selaras dengan perkembangan kognitif murid-murid.
-   Setiap isi tajuk perlu disusun dan dipertingkatkan aras kesukarannya.
-   Menyampaikan tajuk yang berada dekat dengan pengalaman dan pengetahuan lepas serta menyediakan peluang untuk menikmati pengalaman baru untuk murid-murid.

e)    Mata Pelajaran Yang Pelbagai
-      didedahkan kepada ransangan kreatif seperti:
i) seni visual
ii) Tayangan video
-  Aktiviti ko-kurikulum dirancang untuk dirangkaikan kepada perkembangan kognitif murid-murid.
-       Contoh: Muzik, tarian (mempengaruhi murid-murid secara positif)

f)     Suasana Sosial
-       Memastikan suasana bilik darjah sesuai dan kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak.
-       Menggalakkan suasana persekitaran bilik darjah hidup dengan menukar tema bilik darjah setiap minggu untuk memaparkan sebuah lautan atau kawasan perhutanan.

Kesimpulan Teori Pembelajaran Piaget
Piaget dalam teori pembelajarannya menerangkan di dalam Perkembangan Kognitif kanak-kanak, ianya melibatkan peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun), peringkat Opeasi Konkrit (7-12 tahun), peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) dan menekankan 5 konsep asas iaitu skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi.


Ringkasan Teori Pembelajaran Kohler dan Piaget
Tokoh
Implikasi
Kohler
       Persepsi berkaitan unsur di persekitaran: Celik Akal
       Pembelajaran ialah perubahan bentuk pemikiran iaitu struktur kognitif.
       Menggalakkan pelajar menggunakan celik akal dalam menyelesaikan masalah.
Piaget
Perkembangan Kognitif Kanak-kanak melibatkan:
       Peringkat deria motor (0-2 tahun)
       Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun)
       Peringkat Opeasi Konkrit (7-12 tahun)
       Peringkat Operasi Formal (slps 12 tahun)
5 konsep asas:
        skema
       Asimilasi
       Akomodasi
       adaptasi
Isi pembelajaran dikembangkan:
       Mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.
       Konkrit kepada absrak
       Pengalman sedia ada/ baru
       Memupuk motivasi instik dan menggalakkkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran demi menggerakkan proses asimilasi dan akomodasi.


No comments:

Post a Comment