Thursday, 13 September 2012

Kata-Kata Hikmah



Salam pada bloggers dan Pembaca yang budiman, Bertemu lagi setelah hampir satu bulan menyepi. Saya ambil beberapa catatan dari petikan tulisan Allahyarham Tok Moh.

1. Untuk Guru, Ibu dan Bapa..."Bukan Taksub tapi Taat, Bukan Sembah Tapi Kasih". Pandai itu Ilmu yang boleh belajar tapi Iman itu KURNIA, tak boleh belajar.
13hb Ogos 2000 (Ahad) Seminar Penghayatan Cekak di Dewan Experimental UIAM.

2. "Cekak bermaksud KERAS - iaitu Keras pegangan HATI dan AQIDAH kepada ALLAH SWT".
28hb Okt 2000 di Wisma Bulan Sabit Merah Ipoh.

3. "Makna Surah Alam Nasyrah iaitu Kena Lalu Susah Untuk Dapatkan Dua Kali Nikmat".
28hb Okt 2000 di Wisma Bulan Sabit Merah Ipoh.

4. "Perpecahan Berlaku pasal beriman dengan Allah dan Rasul terlalu nipis".

5. "Kembalikan diri kepada Allah Taala dengan menyebut selalu 'Inna Lillahi Wa Inna Illahi Rajiunn'".

6. "Jika sakitkan hati orang, maka Tuhan akan bagi sakit jantung". "Sembahyang tak boleh kena penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi. Sholat selesai semua masalah".

7. Orang Universiti, Bagus dan Pandai Tapi Tak Cerdik".
18hb Mei 2003 di Integrated Commerce Sdn Bhd Sri Petaling.

8. "Jika kita ikut perintah manusia, maka hidup kita akan sentiasa jadi masalah".
18hb Jun 2000 di Pusat Islam Johor Baharu Johor.

9. "Bangsa Asing Tak Hormat Orang Islam dan Orang Melayu pasal masalah Orang Islam dan Orang Melayu".
18hb Jun 2000 di Pusat Islam Johor Baharu Johor.

No comments:

Post a Comment