TEORI
PEMPROSESAN MAKLUMAT GAGNE
PENGENALAN
Gagne menyatakan pembelajaran bergerak daripada yang paling mudah kepada
yang kompleks. Pembelajaran aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran
aras yang rendah. Rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem
saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan
ditafsirkan dalam stor ingatan. Kemudian dihantar kepada
stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada pengerak tindak balas melalui
sistem saraf.
TAKSONOMI GAGNE
•
KEMAHIRAN VERBAL
- Kemahiran menghafal dari
memori, membuat respon verbal kepada input, kebolehan melabel dan menamakan
fakta secara verbal atau bertulis dan kebolehan untuk mengingat semula
maklumat-maklumat yang berkaitan.
•
KEMAHIRAN INTELEKTUAL
- Kemahiran berdiskriminasi,
mengkategorikan mengikut ciri-ciri fizikal atau abstrak, pengaplikasikan
prosedur-prosedur mudah dan yang kompleks untuk menyelesaikan masalah atau
tugas.
•
STRATEGI KOGNITIF
- Kebolehan individu untuk
mereka cipta dengan proses mental untuk mencapai sesuatu tugasan dan
menyelesaikan masalah.
•
SIKAP POSITIF
-
Individu yang berkelakuan untuk menggambarkan nilai-nilai murni yang baru
dikuasai.
- Berkebolehan untuk memberi sesuatu pendapat
dengan logikal dan rasional.
•
KEMAHIRAN MOTOR
- Melibatkan perlakuan
tugas-tugas fizikal mengikut piawaian yang ditentukan yang melibatkan otot.
v Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem
pembelajaran harus bermula daripada yang mudah (peringkat asas) kepada yang
rumit. Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti
memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran
baru
v Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne
mencadangkan agar guru merancang pengajaran yang meliputi langkah-langkah yang
dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8
fasa pembelajaran
Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne
Prinsip pembelajaran
dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan
perhatian kepada dua perkara berikut:
-Teori pembelajaran Gagne menekankan
sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah (peringkat asas) kepada
yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru
mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk
pelajaran baru.
-Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancang pengajaran
yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasa pengajaran
yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.
Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat
pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah
menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal. Peringkat-peringkat ini
ditunjukkan dalam rajah dibawah :
Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti
berikut:
(a)Pembelajaran
Isyarat
Pembelajaran
berlaku setelah tingkahlaku itu dijalankan beberapa kali sehingga menjadi
lazim. Pembelajaran isyarat seperti ini tidak banyak menggunakan akal fikiran. Seseorang
individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila seseorang
menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumah dengan
wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak suka diganggu.
Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan
berdiri dan memberi ucapan, “Selamat sejahtera, cikgu!”. Dalam hal ini,
murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku
tersebut.
b)Pembelajaran
Gerak Balas
Proses peneguhan penting untuk
memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Penggunaan
ganjaran, pujian, dan denda adalah diantara aktiviti peneguhan yang boleh
memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas .Peneguhan mesti
diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekal.Contohnya,
Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian,
“Bagus, Ali pandai !”.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja
sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.
(c)Pembelajaran Rangkaian Motor
Seseorang membentuk kebolehan untuk
menghubungkait dua atau lebih tingkahlaku rangsangan-gerakbalas yang telah
dikanak-kanaki menjadi satu urutan rangkaian untuk melengkapi tugasan yang
dijalankan .Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran
seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain.Rangkaian
merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang
dijalankan.
d)Pembelajaran
Pertalian Bahasa
Berlaku apabila seseorang kanak-kanak
menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya. Untuk
menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan
fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaianberbahasa. Ia
memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.
(e)Pembelajaran
Diskriminasi
Melibatkan
pembentukan kebolehan untuk menunjukkan gerak balas yang sesuai terhadap satu
siri rangsangan yang berbeza .Bagi memudahkan proses mengelas dan menyimpan
maklumat dalam ingatan , kanak-kanak perlu dapat membezakan benda-benda
mengikut ciri-ciri tertentu .kanak-kanak dapat membezakan rangsangan atau
maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas
berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah
sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting
daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat
untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.
(f)Pembelajaran Konsep
Pertalian berbahasa dan diskriminasi,
iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat .Kanak-kanak dapat
membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap
objek, orang dan peristiwa.Kanak-kanak perlu didedahkan dengan banyak
contoh-contoh yang jelas dan pelbagai supaya dia dapat membentuk konsep yang
betul dan tepat. Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan
diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar
dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan
terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak
contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan
tepat.
(g)Pembelajaran
Hukum
Ia melibatkan
seseorang berkebolehan untuk menghubungkait antara konsep-konsep dan
mengaplikasi hubungan yang telah dibentuk tadi dalam situasi yang pelbagai. Pembelajaran
ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. Pembelajaran ini
melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan
atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.
h)Pembelajaran
Penyelesaian Masalah
Ini melibatkan penggunaan prinsip,
rumus, generalisasi, konsep dan hukum
untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru .Terdapat
beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari
maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan .Pembelajaran
penyelesaian masalah bergantung kepada jenis pembelajaran di peringkat yang
rendah daripadanya (iaitu yang sebelumnya).Selagi jenis-jenis pembelajaran di
bawah seperti pembelajaran hukum, pembelajaran konsep, diskriminasi, perkaitan
berbahasa, rangkaian dan pembelajaran isyarat belum dicapai, maka penyelesaian
masalah tidaklah dapat dijalankan
IMPLIKASI
TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT GAGNE DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
I.
Menentukan
pengalaman atau pengetahuan sebagaimana Gagne kata proses pembelajaran bergerak
daripada mudah ke kompleks. Kanak-kanak hanya akan memahami kefahaman yang baru
kalau mereka ada pengalaman sedia ada
II.
Menentukan
hanya satu kemahiran diajar pada satu-satu masa dan perlu dibina daripada
kemahiran sedia ada
III.
Menentukan
ciri-ciri kanak-kanak: kesediaan, tahap kemahiran,dan motivasi adalah diantara
faktor yang perlu dipertimbangkan semasa merancang proses pengajaran dan
pembelajaran
IV.
Menggunakan
pelbagai media semasa mengajar sebab setiap jenis pembelajaran memerlukan media
yang berbeza. Contohnya kalau dalam pembelajaran konsep kanak-kanak perlu
diberi pelbagai contoh dan bukan contoh yang konkrit supaya mereka boleh
meneliti ciri-ciri yang terdapat yang mana akhirnya dapat membentuk konsep yang
tertentu
V.
Guru
mentaksir secara formatif dan sumatif supaya guru dapat menentukan samada
kanak-kanak memerlukan pemulihan, pengayaan atau boleh bergerak ke tajuk yang
seterusnya.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF BRUNER
PENGENALAN
Jerome Bruner (lahir 1915) lebih cenderung dalam bidang kognitif berbanding psikologi perkembangan. Beliau menyumbang dalam meneroka cabang psikologi pada tahun 1950an dan pada akhirnya menumpu kepada bidang pendidikan termasuk memperkembangkan idea Vigotsky.Beliau lebih cenderung dalam bidang kognitif berbanding psikologi perkembangan. Beliau menyumbang dalam meneroka cabang psikologi pada tahun 1950an. Pada akhirnya menumpu kepada bidang pendidikan termasuk memperkembangkan idea Vigotsky. Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan.
- Pembelajaran memerlukan persekitaran tertentu yang mempengaruhi mod berfikir, aksi, imej dan perkataan
- Mod berfikir berkembang secara berterusan dalam kehidupan
- Bahasa membentuk dan mengembangkan pembelajaran
- Bentuk pergaulan sosial dan pengalaman mempengaruhi perkembangan kognitif
- pendekatan biologi bertendensi menyelenggara dalam berfikir
- proses pendekatan dan cara menerima informasi akan mempengaruhi pengurusan perubahan maklumat semasa peningkatan umur.
Bruner mementingkan pembelajaran secara konsep, prinsip, hukum
atau kategori
Mengapa konsep atau kategori penting ?
v Pembelajaran melalui konsep mempunyai kesan jangka panjang dan
meningkatkan penghargaan kendiri pelajar
v Ia mengurangkan ketegangan kognitif kanak-kanak untuk mengingati
objek atau peristiwa yang khusus
Definisi konsep
v Idea-idea yang spesifik yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan
khusus. Ia juga boleh diertikan sebagai kategori
v Dalam pembelajaran kognitif, pelajar memproses maklumat daripada
persekitaran dan pengalamannya
v Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis atau
mempunyai pola yang tertentu
Konsep
boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu:
Ø Konsep konjuntif
Kosep
ini merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa bahagian yang tergabung dan
tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila salah satu bahagian ini
diketepikan, maka, konsep tersebut menjadi kurang lengkap.
Ø Konsep disjuntif
Konsep
ini pula merujuk kepada bahagian-bahagian yang tergabung di dalam konsep ini
boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain.
Ø Konsep hubungan
Konsep ini merujuk kepada kepada hubungan khas antara satu sama lain yang
wujud diantara bahagian-bahagian tersebut. Kebanyakkan hubungan ini biasanaya
terdiri daripada bahagian-bahagian yang mengandungi masa dan ruang.
Selain itu Bruner berpendapat, fungsi
konsep utama adalah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu
kumpulan objek atau idea, dengan bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih
ringkas, mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Menurut beliau lagi,
bahasa merupakan medium yang penting dalam perkembangan kognitif manusia.
Beliau mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami
alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, ia akan bertukar kepada
penggunaan gamabar atau perwakilan simbol di mana bahasa memainkan peranan.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi pembentukan kategori
Set minda
v Pengalaman lampau dan pengetahuan sedia
ada tentang persekitaran menolong pelajar mengkategorikan ransangan baru
v Pelajar mengenali ransangan dan
mengkategorikan serta mengklasifikasikan maklumat menurut struktur baru atau
yang sudah wujud
Motivasi
v Unsur motivasi sederhana diperlukan
untuk membantu pelajar membentuk kod-kod dengan mudah
v Peringkat ini dikenalpasti sebagai
mencari tanda atau isyarat dalam penbentukan kod
v Tahap motivasi, minat dan penumpuan yang
dimiliki oleh pelajar menentukan pembentukan kod-kod dalam konsep
Penguasaan maklumat yang spesifik
v Pelajar perlu membaca dengan luas untuk
memperoleh pengetahuan yang banyak dan khusus untuk mengkodkan
kategori-kategori dengan mudah
Pengalaman yang pelbagai
v Satu ransangan atau pengalaman yang
telah dialami dapat dikodkan
dengan lebih senang
dengan lebih senang
v Pelajar mesti didedahkan kepada pelbagai
pengalaman dalam situasi
pembelajaran dan pengajaran
pembelajaran dan pengajaran
v Sebagai contoh, seorang anak nelayan
dapat mengkategorikan ciri- ciri ikan tempatan dengan mudah dan cepat
Struktur Intelek
1. Mod Enaktif: berfikir adalah berdasarkan aksi fizikal, misalnya kanak-kanak belajar melalui membuat (learning by doing) dan bukan melalui penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman. Mod pemikiran ini mewakili dari peringkat bayi dan wujud seterusnya dalam banyak aktiviti fizikal. Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak akan bergerak kearah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah kerana mereka belum pandai menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.
2. Mod Ikonik : penggunaan imej mental (ikon) , mungkin dalam bentuk visual, auditori, dihidu, dirasa dan disentuh. Pada peringkat ini (2-4 tahun) kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Mereka berupaya menyebut objek yang tiada di depan matanya, iaitu membentuk “imej mental”. Misalnya, kanak-kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa buah yang pernah dimakannya.
3. Mod Simbolik: memahami dunia melalui bahasa dan simbol-simbol seperti nombor dan muzik. Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol seperti perkatan dan bahasa untuk menceritakan pengalamannya. Ini menunjukkan penaakulan simbolik telah bermula pada kanak-kanak peringkat ini.
1. Mod Enaktif: berfikir adalah berdasarkan aksi fizikal, misalnya kanak-kanak belajar melalui membuat (learning by doing) dan bukan melalui penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman. Mod pemikiran ini mewakili dari peringkat bayi dan wujud seterusnya dalam banyak aktiviti fizikal. Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak akan bergerak kearah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah kerana mereka belum pandai menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.
2. Mod Ikonik : penggunaan imej mental (ikon) , mungkin dalam bentuk visual, auditori, dihidu, dirasa dan disentuh. Pada peringkat ini (2-4 tahun) kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Mereka berupaya menyebut objek yang tiada di depan matanya, iaitu membentuk “imej mental”. Misalnya, kanak-kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa buah yang pernah dimakannya.
3. Mod Simbolik: memahami dunia melalui bahasa dan simbol-simbol seperti nombor dan muzik. Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol seperti perkatan dan bahasa untuk menceritakan pengalamannya. Ini menunjukkan penaakulan simbolik telah bermula pada kanak-kanak peringkat ini.
Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat
motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke
idea abstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang
sedemikian. Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak
memperolehi pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan
penyampaian konkrit, dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga
proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan
masalah.
Enaktif - Kemahiran berbasikal
Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik
Konkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk
bahasa kepada rakan sebaya
Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik
Konkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk
bahasa kepada rakan sebaya
Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi
Teori Bruner
Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau
penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan.
Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau
:
Ó Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya.
Ó Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran.
Ó Pemikiran secara logikal.
Ó Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan .
Ó Pemikiran analisis dan intuitif.
Ó Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori.
Ó Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran.
Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi Teori Bruner Ialah :
1- Persekitaran untuk belajar
Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.
2- Struktur pengetahuan
Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut susunan yang mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem mengkod, iaitu menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dalam kategori-kategori yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun secara teratur, pelajar dapat memahami rangsangan dengan lebih baik. Bruner menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka. Hubungkaitan yang wujud antara idea-idea yang penting dalam sesuatu mata pelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan. Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga perlu menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk diproses dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran.
3- Urutan
Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk disampaikan dalam pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan. Buner menamainya sebagai urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu, iaitu :
a. Pesanan tanpa bahasa
b. Respon anggota badan
c. Gambaran dan lakaran
d. Bahasa
4- Peneguhan
Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an masa peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan terlalu awal, pelajar akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Bruner juga mementingkan motivasi intrinsik kerana inginkan supaya pelajar menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan oleh guru.
Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Bruner Dalam Bilik Darjah
1- Pembelajaran Penemuan
1- Pembelajaran Penemuan
a) Guru menyediakan situasi masalah yang dapat merangsang pelajar supaya membuat pembelajaran penemuan.
b) Guru mesti memberikan situasi penyelesaian masalah yang memotivasikan pelajar untuk menyoal, meneroka dan bereksperimen.
c) Dalam pembelajaran penemuan, guru memberi contoh dan pelajar menggunakan contoh untuk menyusun struktur bahan dan melihat pertalian atau perkaitan antara idea-idea dalam situasi tersebut.
2- Pembelajaran melalui penaakulan induktif
a) Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar dapat membentuk prinsip yang umum.
b) Sebagai contoh, jika guru memberi contoh-contoh tentang bentuk segitiga dan bentuk bukan segitiga, pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip penting bentuk segitiga.
3- Memberi contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsep
a) Dalam pengajaran, guru perlu member contoh yang berkaitan dan contoh yang tidak berkaitan supaya pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea dalam sesuatu konsep.
b) Sebagai contoh, apabila guru mengajar tentang konsep mamalia, anjing, kucing, ikan paus sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ular sebagai contoh bukan mamalia.
c) Pelajar diminta supaya memberi contoh-contoh lain dan untuk menjelaskan perbezaan cirri-ciri antara mamalia, dan reptilian.
d) Ini akan meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep.
4- Menolong pelajar melihat perkaitan antara konsep
a) Guru perlu menggunakan gambar rajah, lakaran dan ringkasan untuk menolong pelajar memahami perkaitan idea-idea dalam sesuatu konsep.
5- Menggalakkan pelajar membuat pemikiran intuitif
a) Pemikiran intuitif penting dalam membantu pelajar melihat pertalian antara ransangan yang berlainan.
b) Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan soalan seperti berikut :
' Mari kita cuba mendefinisikan hutan dengan meneka apa yang anda dapat melihat dalam gambar ini'.
c) Guru perlu menunggu pelajar memberikan beberapa jawapan sebelum memberi definisi yang betul.
6- Penglibatan pelajar
a) Pelajar belajar sendiri tetapi guru membantu dan membimbing dalam situasi penyelesaian masalah.
b) Satu contoh situasi penyelesaian masalah ialah dalam eksperimen ' Mengapa api padam bila dilindungi dengan bekas?'
c) Guru tidak memberitahu pelajar bagaimana menyelesaikan masalah tetapi memberikan bahan, menyuruh pelajar membuat pemerhatian, membentuk hipotesis dan menguji penyelesaian.
7- Pengajaran untuk pelajar tahap rendah
a) Guru mesti mengajar pelajar tahap rendah dalam urutan enaktif kepada ikonik kepada simbolik.
8- Menggunakan alat bantuan mengajar
a) Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menentukan pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas.
b) Guru boleh menggunakan alat bantuan mengajar audiovisual dan konkrit. Gambar, lakaran, carta, pengurusan grafik dan peta minda menyenangkan pelajar untuk melihat perkaitan dan perhubungan dalam konsep-konsep.
9- Pembelajaran melalui kajian luar
a) Pengamatan dan penanggapan pelajar meningkat jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar.
b) Pelajar boleh belajar banyak konsep dengan melihat perkaitan di antara topik-topik pelajaran dengan persekitaran mereka.
c) Sebagai contoh, pelajar boleh melihat kaitan antara petempatan manusia dengan cirri-ciri geografi fizikal di sesuatu kawasan perumahan.
10- Mengajar mengikut kebolehan pelajar
a) Guru perlu mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar.
b) Sebagai contoh, untuk pelajar Tahun Satu, guru perlu banyak menggunakan bahan bantuan mengajar dalam bentuk gambar yang besar dan berwarna-warni. Guru juga perlu menyusun isi pelajaran daripada yang mudh kepada yang susah.
c) Untuk pelajar Tahun Enam, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah dan pembelajaran penemuan.
No comments:
Post a Comment